Monday, January 28, 2013

Hatiku. Hatimu. Plaster.

Hati ini milik siapa ini?
Yang hancur, koyak dan berkarat ini?
Penuh plaster.
Dibaikinya sendiri tapi tak menjadi.
Siapa yang mahu menolong?
Siapa?
Ku harapkan dia.
Tapi dia tidak mahu.
Dia sibuk membaiki hati yang lain.
Hati yang dia tidak sedar sedang merosakkan hatinya sendiri.
Hati kau sedang dirobek sang kekasihmu.
Dalam diam, dalam senyap.
Aku risau, bimbang.
Kerna ku tak punya plaster yang cukup tuk menampung lukamu nanti.
Aku serahkan pada Ilahi.
Mohon kau dapat hati yang baru.
Usai kamu kembali nanti, biar kamu lupa semua.
Dan pandang aku sekali lagi.
Cuba pandang aku sekali lagi ya.
Aku tunggu.

Tuesday, January 22, 2013

Suku Abad Sebelum Pergi



Hidup ini terlalu singkat untuk merasa sunyi
Hidup ini terlalu singkat untuk merasa sepi
Hidup ini terlalu singkat untuk mencuri perhatian supaya diambil peduli.

Sedang aku sudah hidup suku abad,
Masih belum ada sesuatu untuk aku tinggalkan pada dunia, sebagai tanda.
Tanda aku pernah wujud dijejak bumi Yang Maha Esa ini.

Ahh.
Kadang aku merasa peduli apa aku pada dunia.
Yang ingin aku tuju itu. itu.
Yang kekal di sana nanti.
Suatu janji yang pasti pada golongan yang mentaati.

Tapi tidaklah patut aku pergi dengan penting diri.
Aku masih ada bapa yang perlu dijaga.
Aku masih punya adik, keluarga yang belum terbela.
Mereka nadiku.
Mereka amanahku.
Mereka tanggungjawabku.

Semoga aku dapat pergi dengan tenang.
Selesai semua hutang.
Terbalas semua kasih sayang.
Bukan hanya dengan ringgit dan wang.
Tapi ilmu dan pedoman.
Biar mereka yang tersayang tidak sesat di jalan.
Sama-sama kita jumpa disana.
Bahagia di Jannah yang tiada duka...
dan Ibu sedang menanti kita......................