Tuesday, January 13, 2015

Berhenti



Berhenti buat sesuatu sebab orang, kerana orang atau untuk orang. Penat. Seolah-olah tak terbayar. Manusia tak lari dari berharap yang baik juga dari orang yang kita buat baik. Mesti akan kita persoalkan ‘kenapa?’ pada akhirnya, pada akhir sabar kita.
“Aku buat baik dengan ko selama ni, KENAPA ko buat aku camni? Apa salah aku?”
Pengharapan.
Kalau tak berharap dibalas baik semula pun, sekurangnya janganlah dicalarkan hati ni. Jangan la buat takde hati perut ke kita.
Sekurang-kurangnya.
Kenapa?
Sekarang bila dipujuk oleh siapa pun aku serik. Aku dah malas nak percaya, malas nak berkorban, malas nak termakan pujuk rayu. Kalau aku taknak, maka aku taknak. Kalau aku buat jugak, aku kecewa, aku nak tanya siap soalan KENAPA tu?
Tanya kau?

Aku dah taknak pandang muka kau kot.

Sunday, May 19, 2013

Aku Juga Punya Impian


Semua orang punya impian
ya aku juga punya impian
mungkin saja impian aku dianggap sampah.
jauh dari munasabah

wahai sekian manusia yang mencintaiku..

fahamilah jiwa aku..

impian aku hanya mahu bebas
hidup tanpa aturan
dengan rutin sendiri bikin
aku tidak mahu hidup aku dibising
aku mahu bebas

aku cemburu pada sang gelandangan
betapa hidup mereka bahagia
hidup berkhayal memamah usia
tidak risau mereka yang menghina
kerna dunia ini mereka yang punya
oh bohemian!

aku tidak mahu berkerja dengan sesiapa
kerna aku tidak mahu di arah
aku perlu buat ini
aku perlu buat itu
mereka mengambil masa aku
ya mereka mengambil masa aku
yang dipulang hanya wang
bukan itu mahu ku

masa aku tak ternilai
wang kamu tak terbayarkan ganjaran
masa aku terbuang
dan kamu yang kaya

aku mahu masa aku
aku perlu membeli masa aku sendiri
itulah impian aku
punya waktu sendiri
tanpa manusia lain mencuri
masa aku.
aku yang punya.


oh kenapa dunia ini menjunjung duit

aku benci!


4:34 pm
19 May 2013
Kg. Paya Jauh, Temerloh

Monday, January 28, 2013

Hatiku. Hatimu. Plaster.

Hati ini milik siapa ini?
Yang hancur, koyak dan berkarat ini?
Penuh plaster.
Dibaikinya sendiri tapi tak menjadi.
Siapa yang mahu menolong?
Siapa?
Ku harapkan dia.
Tapi dia tidak mahu.
Dia sibuk membaiki hati yang lain.
Hati yang dia tidak sedar sedang merosakkan hatinya sendiri.
Hati kau sedang dirobek sang kekasihmu.
Dalam diam, dalam senyap.
Aku risau, bimbang.
Kerna ku tak punya plaster yang cukup tuk menampung lukamu nanti.
Aku serahkan pada Ilahi.
Mohon kau dapat hati yang baru.
Usai kamu kembali nanti, biar kamu lupa semua.
Dan pandang aku sekali lagi.
Cuba pandang aku sekali lagi ya.
Aku tunggu.

Tuesday, January 22, 2013

Suku Abad Sebelum Pergi



Hidup ini terlalu singkat untuk merasa sunyi
Hidup ini terlalu singkat untuk merasa sepi
Hidup ini terlalu singkat untuk mencuri perhatian supaya diambil peduli.

Sedang aku sudah hidup suku abad,
Masih belum ada sesuatu untuk aku tinggalkan pada dunia, sebagai tanda.
Tanda aku pernah wujud dijejak bumi Yang Maha Esa ini.

Ahh.
Kadang aku merasa peduli apa aku pada dunia.
Yang ingin aku tuju itu. itu.
Yang kekal di sana nanti.
Suatu janji yang pasti pada golongan yang mentaati.

Tapi tidaklah patut aku pergi dengan penting diri.
Aku masih ada bapa yang perlu dijaga.
Aku masih punya adik, keluarga yang belum terbela.
Mereka nadiku.
Mereka amanahku.
Mereka tanggungjawabku.

Semoga aku dapat pergi dengan tenang.
Selesai semua hutang.
Terbalas semua kasih sayang.
Bukan hanya dengan ringgit dan wang.
Tapi ilmu dan pedoman.
Biar mereka yang tersayang tidak sesat di jalan.
Sama-sama kita jumpa disana.
Bahagia di Jannah yang tiada duka...
dan Ibu sedang menanti kita......................

Saturday, December 1, 2012

Tawar Hati


Tawar hati.
Tawar hati sana sini.
Sana tawar hati.
Sini tawar hati.
Sana mati rasa.
Sini tak peduli apa.





16.11.12

Friday, November 30, 2012

Boleh Ke ?


Boleh ke ko faham
sedalamnya apa aku rasa?
Boleh ke ko faham
sedalamnya apa yang aku ada?

aku yang tiada apa
kadang bertindak ikut kepala
Boleh ke ko terima
kelak apa jadinya pada kita?

kalau tak boleh
kau diam saja disitu.
aku disini
akan terus merenung engkau
aku tak tahu apa kesudahan
selagi kau bukan milik sesiapa,
kau hatiku yang punya
tapi aku
tetap bukan milik kau
selagi kau tak mampu faham
aku dan diri aku.





p/s: aku ego.

12.11.12

Nanti Kau Sesat


kau suka berdebat.
menyanggah pendapat.
kau tak suka menerima hakikat.
kau mengeluh saat kau terasa dijerat.
walau aku cuba tunjuk haluannya,
kau tetap dengan kau punya gaya.

huh.
aku peduli apa.
kau. teruskan jalan kau.
tanggungjawab aku dah selesai.

tapi nanti kau sesat.
kau termenung.
lalu kau hangguk.
mungkin pada saat itu baru kau fikir.

tak apalah.
belajar dari kesilapan.
dengan bentuk penerimaan.

ingat.
dalam dunia ini bukan kau saja yang betul.
kadang orang lain juga.
belajarlah menerima.


12.11.12