Wednesday, June 29, 2011

Senangnya orang susah

Siapa kata jadi orang susah ini susah?
Bagi aku, orang susah ni slumber...
contoh:

Orang susah pergi Bandar tak payah pikir sangat nak pakai baju ape, tak payah pening2 kepala nak pilih nak pakai yang mana satu sebab dia akan ambil je ape yang ada. lagipun baju cantik-cantik mereka ada tak banyak, entah-entah satu je... itu yang aku cakap tak susah nak pilih. hehe

Orang susah ni slumber je pakai selipar jepun pergi mana-mana..sebab itu je dia ada, dari diorang tak pakai apa langsung baik dia alas jugak kaki tu. Satu je seliper yang ada kan senang, tak payah pikir kasut kaler ape yang match dengan baju. hehe

Orang susah jarang ada gastrik. selalunya yang ada gastrik ni anak orang-orang kaya je. aha. yelah orang susah dah biasa tak cukup makan, orang kaya kalau siang ni tak lunch, malam berangkut lah pergi klinik swasta yang terdekat.

orang susah boleh makan apa saja. nasik yang dah basi pun berani lagi goreng untuk dimakan? kenapa? sebab taknak membazir, tawakkal la kalau sakit perut lepas tu..janji perut tu terisi dulu sebelum ia dibuang kembali. Orang kaya? susah....tiada apa hendak makan dah terpaksa start enjin kereta pergi cari fast food.merata dicarinya.

Orang susah tak payah pikir nak kena jaga kesihatan dengan bersenam, exercise 3 kali seminggu mahupun kena fikir nak kena pergi gym.. yelah..orang susah ni selalunya buat kerja berat, kat situ diorang dah pun bersenam..tidak-tidak pun berjalan ke tempat kerja 4km dari rumah sebab tiada motor.. exercise pe tu.. hehe

Orang susah tak payah bayar bil letrik tinggi-tinggi sebab anak depa bukan jenis mengadap komputer 24 jam, yelah diorang bukan ada komputer pun. anak orang kaya main game dalam komputer, anak orang susah lagi best main game yang real punya kat luar rumah. aha. galah panjang, main lompat getah, main bola, rejam seliper, rejam tin dan banyak lagi.

orang susah tak payah susah-susah pikir nak beli pencuci muka apa yang sesuai dengan kulit, biasanya mereka akan pakai yang tradisional punya, komfem sesuai dengan kulit. contoh: timun, kulit lidah buaya, daun jambu..dan banyak lagi.

orang susah ada banyak masa untuk family, diorang takde urgent meeting. pagi menoreh, petang dah boleh luangkan masa dengan anak-anak. orang kaya? selagi tak habis office hour, selagi tak lepas dengan kesesakan lalulintas, selagi tu la tak bersua muka dengan anak-anak. hari minggu pun susah nak tengok batang hidung mak ayah.

orang susah selalunya berdikari dan banyak skill, contoh kalau paip kat rumah rosak, mereka akan baiki sendiri bukan panggil plumber. bayangkan berapa banyak kemahiran hidup mereka. macam-macam mereka pandai buat kalau dibandingkan dengan orang kaya.

orang susah kalau dicampakkan dalam hutan mereka mungkin boleh hidup lebih lama dari orang senang. sebab mereka tahu apa yang mereka boleh buat untuk terus hidup.



Sebenarnya...kita kena fikir mungkin ada hikmahnya kita hidup susah, mungkin kita tak sesuai nak 'bersusah-susah' seperti orang senang. Tuhan kita tahu apa yang terbaik untuk kita, sebab itulah dia bagi kita hidup dalam keadaan yang begitu. Mana kamu lebih sanggup antara hidup senang dalam keadaan lupa diri dan ramai musuh dengan hidup susah tapi disenangi orang sekeliling serta banyak skill hidup? heheee



Sekian dari -aku juga anak orang susah-

Friday, May 20, 2011

ORDER PELIK!


Cuti-cuti semester yang aku lalui sepanjang pengajianku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang banyak mendatangkan faedah kepada aku.
Setiap kali cuti ada sahaja kerja baru yang aku lakukan termasuklah melukis mural dia tadika, menoreh getah, memunggah pasir untuk buat rumah, menjaga budak, bekerja di kedai runcit, dan juga di kedai makan. Jika tidak bekerja pun aku akan mengisi masa terluang dengan membaca serta melancong (kalau ada duit laa).

Maka tersebutlah sebuah cerita semasa aku bekerja di sebuah kedai makan disimpang sebelum memasuki perkampungan aku, terkutiplah aku dengan pelbagai pengalaman yang menarik serta terpahit.

Antara yang mencuit hati adalah semasa mengambil hati, ada sahaja order2 yang pelik aku terima terutamanya minuman, di bawah antara contoh-contohnya:
1. Air Nescafe O yeng (Nescafe O ais)
2. Air susu ais
3. Air suang (air suam)
4. Tomato Jus
5. Singa Ben (air limau)
6. Milo tabor atas ais (Milo tabor sudah..tak payah la nak ajar cemane nak buat)

Makanan pula:
1. Nasi kontrak (Nasi yang versi jimat punya…Nasi, sup kosong, telur mata ataupun ayam goring, Harga RM2 – RM3)

Mungkin semua yang aku tulis ini adalah biasa didengar serta di order oleh orang-orang yang biasa makan di kedai makan. Tetapi ketahuilah bahawasanya aku tidak pernah nampak order2 diatas ada tertulis di dalam mana-mana menu di mana-mana kedai makan yang aku pernah kunjungi sebelum ini di seluruh Malaysia mahupun diluar negara, kecualilah kalau aku terlepas pandang.

Monday, May 16, 2011

Badan Kita, Kitalah Yang Membentukkannya

Kan?

Kawan

Kawan itu apa sebenarnya?
Setiap orang ada maksud tersendiri tentang kawan? Ada definisinya tersendiri. Pemahamannya tersendiri.
Mungkin berdasarkan pengalaman dan pergaulannya dengan kawan-kawan ia menakrifkan maksud kawan itu dari sudut sendiri.

Bagi aku kawan..
Tempat aku bergantung, tempat aku mencurah kasih sayang, tempat aku bermanja, tempat aku menggila, tempat aku bertukar pendapat, meluah rasa dan banyak lagi.

Kawan itu banyak jenis..
Ada yang sensitif, ada yang periang, ada yang bermuka-muka, ada yang tidak pandai menjaga hati, ada yang suka makan makanan kita tanpa memberitahu kita, ada yang suka menipu, ada yang pemurah, ada yang banyak memberi tunjuk ajar, ada yang suka bersaing, ada yang kelakar dan banyak lagi.

Macammana pun kawan kita..
Kita perlu menerima mereka seadanya, kerana merekalah yang membuat hidup kita bercorak. Cara kita menangani perangai mereka sebenarnya mematangkan kita. Mereka buat perangai? Kita pun ada masa perangai kita tidak elok kan? Pernah kita terfikir bahawa mereka boleh terima atau tidak perangai kita yang buruk? Dan kenapa mereka masih berkawan lagi dengan kita walaupun sudah tahu kita punya perangai buruk? Sebab mereka boleh terima kita. Jadi, terimalah mereka dan perangai mereka juga. Berkawan bermaksud menerima dan memberi. Terima mereka dan beri kasih sayang, kesetiaan.

Sekali berkawan, selamanya berkawan...

Thursday, April 21, 2011

Jantung Nenek dan Jantung Aku

Pada cuti semester yang lepas, (aiseh..macam karangan budak sekolah pula). ok. Semula..

Cuti semester yang baru lepas iaitu pada bulan 12/2010. Aku telah dikhabarkan oleh ibu saudaraku bahawa Tok (panggilan mesra untuk nenek aku) telah dikejarkan ke hospital kerana penyakit lelah.
Oleh sebab hospital sangat dekat dengan rumahku, memandangkan aku juga cucu sulong Tok aku jadi aku pun menawarkan diri untuk menjaga beliau di hospital secara bergilir-gilir dengan adik-beradik yang lain. Tidur di kerusi hospital pada setiap cuti semester adalah perkara biasa bagi aku, terima kasih pada Ilahi kerana mengurniakan aku kelebihan untuk tidur dimana saja dalam keadaan apa pun...jadi tidaklah aku rasa terbeban dengan tugas menjaga orang sakit di hospital ini.

Nak dijadikan cerita..selepas Tok ditahan selama seminggu dihospital, selepas beliau di X-ray, dan keputusan pun keluar. Doktor memberitahu bahawa jantung Tok sudah tidak kuat lagi, Tok terpaksa bergantung pada mesin Oksigen seumur hidupnya. Tok memerlukan bantuan mesin itu sekurang-kurangnya 12 jam satu hari. Harga mesin itu RM5,000. Aku tak pasti boleh tahan berapa lama, tapi oleh kerana Tok mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat jadi kosnya dapatlah dikurangkan.

Bercakap mengenai jantung Tok, aku jadi terfikir. Kenapa aku yang masih mempunyai jantung yang kuat ini tidak pernah bersyukur atas setiap pam yang dibuat oleh jantung aku? Kenapa aku tidak pernah fikir untuk menjaganya dengan baik pun? Aku seksa jantung aku dengan memakan makanan yang berlemak, berkolestrol tinggi, berais, sedangkan jantung aku inilah yang paling banyak berbakti pada aku sejak aku dalam rahim ibu lagi.

Oh jantung. Aku minta maaf atas kelalaian ini. Aku akan sentiasa menjagamu. Semoga kamu juga sentiasa kuat untuk bekerja demi aku.
Kepada Tuhan, aku bersyukur kerana diberi nikmat jantung sihat ini.

Kepada Pembaca: Sayangi Jantung Anda Sebelum Terlambat.

Wednesday, April 20, 2011

Bayi Yang Gemuk

Assalamualaikum pembaca-pembaca bertuah yang dihadiahkan pancaindera sempurna, bersyukurlah kamu kerana dapat membaca entri ini.
(Penulis mahu kamu bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai sepasang mata dan dapat membaca, bukan penulis perasan entri dia bagus. Hua Hua Hua) XD

Tajuk entri kali ini seperti di atas : Bayi Yang Gemuk.

Sebenarnya aku suka melihat bayi-bayi yang sihat lahirnya, maksud aku yang gemuk-gemuk, montel-montel.
Rasa geram mahu aku golek-golekkan mereka seperti menggolekkan tong gas yang aku tidak larat nak angkat.
Dedak jenis apa ya ibu bapa mereka bagi makan sehingga mereka menjadi sihat, gemuk, montel dan sangat comel itu? Apa yang boleh buat bayi gemuk semasa dilahirkan? Adakah ibunya kuat makan semasa mengandungkannya? Adakah bayi itu diberi minum susu yang mahal? Adakah blaa..blaa...dan blaaa...blaaa?

Namun, jika aku juga mahu mendapatkan bayi sebegitu (memandangkan aku perempuan), aku perlu memikirkan banyak perkara:

1. Adakah bayiku akan sihat jika aku gemukkan dia?
2. Adakah dia akan gemuk sampai ke tua jika dia sudah mula gemuk sejak awal lahirnya?
3. Adakah senang aku mahu mengeluarkannya dari rahim aku nanti? xp

Apapun yang aku inginkan aku perlu memikirkan implikasinya, ia bukan hanya melibatkan hal keinganan aku malah melibatkan nyawa anakku nanti. Anak adalah anugerah Tuhan yang paling berharga, bersyukur sahajalah jika kita dapat memilikiya.

Untuk bakal anakku nanti, jangan kau demand nak mak yang macammana. Hua Hua Hua. Sesungguhnya aku telah ditakdirkan untukmu. Bersyukurlah.. kerana aku akan menjagamu lebih dari nyawaku sendiri..i promise you..

Friday, March 11, 2011

Ideas of Life : Throw it !

Idea itu dimana-dimana..
Dia boleh datang dalam pelbagai rupa..
Tidak mengira waktu..
Tidak mengira tempat...
Dan tidak mengira situasi.....


Lukisan ini dilakarkan dikala aku terpaksa menahan hajat...
 kerana terpaksa berkurung dalam dewan ceramah...
Macam-macam rupa kemudian timbul dalam khayalan aku...
Alangkah indahnya jika aku dapat berada dalam bilik termenung ketika itu..
Akan tetapi jika aku berada disitu tidak dapatlah aku melukis seperti ini..

Note: Don't Forget to Flush !

Thursday, March 10, 2011

Blog untuk apa?

Oleh kerana aku masih baru lagi dalam dunia blog ini, pelbagai persoalan timbul dalam diri ku tentang blog. Blog ini untuk apa?

1. Belajar menuliskah?
2. Meluah perasaankah?
3. Berkongsi ilmu kah?
4. Berkongsi pendapat, cerita, serta pengalaman kah?
5. Tempat untuk berniagakah?
6. Tak cukup puas dengan laman sosial kah?

dan banyak lagi kah kah yang ada.... kah3..


Jika aku sendiri pun tidak tahu apa fungsi blog, kenapa harus aku ber-blog juga?
eh suka hati lah. haha


Sunday, February 27, 2011

Soalan : Manusia itu apa ?

Kawan aku ada bertanya:
Manusia itu sebenarnya apa ya dimata binatang?
Kalau kucing melihat kita, apa ya yang difikirkan mereka?
Kita ini apa?
Adakah mereka tahu yang kita ini manusia?
Adakah mereka tahu yang kita ini khalifah di muka bumi?
Kalau semut pula yang melihat kita?
Apa yang mereka fikir kita ini?
Saiznya besar...
Rupa pula lain-lain..

Errr...chop!
Bukankah binatang itu tiada akal?
Tidaklah boleh mereka berfikiran sebegini jika tiada akal..
Tetapi.....................
Kenapa lembu atau kambing jika kita dekat dengan mereka, mereka lari...
Mereka fikir kita ini apa?
Kenapa perlu takut....
Sebab kita bergerakkah?

Errghh....apa ya?
Manusia ini apa ya dimata mereka?

Friday, February 25, 2011

Banyak Cakap


Kalau kamu suka bercakap, penuhilah dirimu dengan ilmu..
banyakkanlah membaca...
Biar yang keluar dari mulutmu itu hanya yang baik-baik sahaja..

Penghuni neraka itu kebanyakkannya datang dari dua sebab:
MULUT dan KEMALUAN
Jagalah mulutmu sepertimana kamu menjaga kemaluanmu......

Mulut manusia itu juga ibarat TEKO..
Ia menggambarkan apa isi didalam..
Jika mulut selalu berbicara tentang perkara yang haram jadah, maki hamun, mencarut, bla..bla..bla
mungkin isi dalam teko itu (yakni keperibadiannya itu) adalah minuman berupa arak..
Lihat para ulama', apa yang keluar dari mulut mereka? ilmu..ilmu..puji-pujian pada Tuhan...
wah! mungkin dalam teko itu air susu dari syurga.. barangkali!

Sampai disini sahaja tazkirah ringkas kali ini...
Renung-renungkan dan selamat beramal.....

Saturday, January 22, 2011

Syabab Musafir Kasih


Ini lagi sebuah novel yang diberi perhatian oleh aku. Sedikit detail:


Tajuk: SYABAB Musafir Kasih
Penulis: Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Genre: Novel Dakwah
Harga: tak cecah RM20 pun
Tanya sikit berapa bintang: FULL!

Ulasannya nanti ya....

Thursday, January 20, 2011

Penyakit Batu Karang / Gallstone

 Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang


Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.


Ini pula petua dari 
http://petuamelayu.com/melayu/2009/09/petua-buang-penyakit-batu-karang.html

Diberikan petua cara tradisional “Petua Buang Batu Karang” bagi sesiapa yang mengidap penyakit batu karang untuk diamalkan kalau di izinkan Allah ia boleh menghancurkan/membuang batu karang yang ada di dalam tubuh kita dan akan mengurangkan penderitaan penyakit tersebut.

Petua:
5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.
Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir.
Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis…biasanya terapung!…dan boleh dikira icon smile Petua Buang Penyakit Batu Karang . Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.

Selamat mencuba.

Ayat-ayat Cinta


Aku bukanlah penggemar novel. Ini mungkin novel pertama aku baca. Yaaaa! yang pertama dan terhebat.
Sebelum ini aku telah cuba untuk menguatkan hati supaya membaca novel sepertimana rakan-rakanku yang lain. Malangnya tidak pernah habis, paling hebat pun aku berjaya sampai ke Bab 2. Oleh kerana kebanyakkan novelis malaya ini sangat suka membungakan ayatnya membuatkan pembacaaanku sangat perlahan dan mudah mengantuk. Aku ini jenis yang lebih suka membaca fakta dan suka sesuatu yang cepat sampai. 
Setelah sekian lama menyepi dengan pembacaan novel, Habiburrahaman El Shirazy mula mengetuk pintu hati aku dengan gaya tulisannya yang penuh berilmu serta jalan ceritanya yang meruntun jiwa. Aku seolah-olah seperti berada di Bumi Anbiya tatkala membaca novel beliau. 

Surat Pelajar Kepada Najib

Fuhh! Sangat terkesan aku dengan luahan hati budak ini. salute lah!
dipetik dari notes di facebook seorang sahabat.



Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Muhammad Muizzuddin Bin Zain

Friday, January 14, 2011

Harga Manusia



Aku akan menambahkan sedikit ulasan untuk setiap lukisan aku. Tapi kali ini tiada idea lagi. Lain kali sahaja ya. Aku akan membuat modifikasi kembali.

Nikmat Ilmu



Aku akan menambahkan sedikit ulasan untuk setiap lukisan aku. Tapi kali ini tiada idea lagi. Lain kali sahaja ya. Aku akan membuat modifikasi kembali.

Meter Tekanan


Ekspresikan perasaan anda melalui lukisan. Melalui lukisan juga ahli psikologi dapat menilai kita. Bagaimana caranya tidaklah aku ketahui. Tetapi aku dapat rasakan yang mereka boleh mengetahui cara kita berfikir melalui lukisan kita, contoh, kita boleh tahu yang orang itu kreatif juga alert dengan persekitaran melalui lukisan mereka. Tidaklah dapat aku terangkan dengan lebih lanjut kerana aku sendiri tidak tahu menahu pun hal itu, sekadar bercakap melalui pandangan sendiri.

Lukisan meter tekanan ini aku lakarkan melalui pandangan aku sendiri terhadap tekanan. Semestinya aku melukis lukisan ini semasa aku dalam keadaan tertekan tetapi tidaklah seteruk mana, jika skalanya adalah 10, aku masih ditahap 3.5 dan masih lagi dibawah pengaruh sedar.

Disini aku selitkan sepotong ayat yang diambil dari buku Terapi Istighfar:

"Barangsiapa yang banyak membaca istighfar, nescaya ALLAH akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadikannya kelapangan dari setiap kesempitannya."

Jadi, setiap kali kita ditimpa musibah ataupun masalah yang boleh buat kita tertekan, beristighfarlah. ALLAH itu Maha Adil. Tidaklah diberikan kita kesusahan andai tiada kesenangan disebaliknya. Istighfar juga boleh membuatkan jiwa kita sentiasa tenang dan InsyaALLAH walaupun kita berada dalam tahap tekanan apa pun kita masih lagi boleh mengawalnya.




Monday, January 10, 2011


P. RAMLEE :: DIMANAKAN KU CARI GANTI: SATU INDIEPRETASI





  1. Azlan & The Typewriter [feat AG & Co] • Jeritan Batin Ku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
  2. One Buck Short • Pok Pok Bujang Lapok – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
  3. Sevencollar T-Shirt • Jangan Tinggal Daku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
  4. Monoloque • Tiada Kata Scantik Bahasa – dari filem Anakku Sazali (1956)
  5. Yuna • Gelora Jiwa – dari filem Anjuran Nasib (1952)
  6. Couple • Menche Che Bujang Lapok – dari filem Seniman Bujang Lapok (1961)
  7. Bittersweet • Getaran Jiwa – dari filem Antara Dua Darjat (1960)
  8. They Will Kill Us All • Sepanjang Riwayatku – dari filem Sesudah Subuh (1967)
  9. Awanband • Malam Bulan Dipagar Bintang – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
  10. Subculture • Bunyi Gitar – dari filem Tiga Abdul (1964)
  11. Hujan • Tunggu Sekejab – dari filem Sarjan Hassan (1955)
  12. Meet Uncle Hussain • Ya Habibi Ali Baba – dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) *
  13. Kugiran D’Tepi Pantai • Nujum Pa’ Blalang – dari filem Nujum Pa’ Blalang (1959)
  14. Pesawat • Ai Ai Twist – dari filem Masam Masam Manis (1965)
  15. Pop Shuvit • Aci Aci Buka Pintu – dari filem Nasib Labu Labi (1963)
  16. The Ramlees (A supergroup of sort featuring Yuna, Liyana Fizi [of Estrella fame], Amirah [of the band TILU] and a special guest) • Itulah Sayang – dari filem Anakku Sazali (1956)
  17. Grey Sky Morning • Malam Pesta Muda Mudi – dari filem Nasib Do Re Mi (1966)
  18. Altimet • Maafkan Kami – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)

Antara lagu-lagu ni ade yang best dinyanyikan balik..tapi ade jugak yang kureng..
papepon muzik Tan Sri P.Ramlee tetap yang terbaiikk!!!