Friday, May 20, 2011

ORDER PELIK!


Cuti-cuti semester yang aku lalui sepanjang pengajianku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang banyak mendatangkan faedah kepada aku.
Setiap kali cuti ada sahaja kerja baru yang aku lakukan termasuklah melukis mural dia tadika, menoreh getah, memunggah pasir untuk buat rumah, menjaga budak, bekerja di kedai runcit, dan juga di kedai makan. Jika tidak bekerja pun aku akan mengisi masa terluang dengan membaca serta melancong (kalau ada duit laa).

Maka tersebutlah sebuah cerita semasa aku bekerja di sebuah kedai makan disimpang sebelum memasuki perkampungan aku, terkutiplah aku dengan pelbagai pengalaman yang menarik serta terpahit.

Antara yang mencuit hati adalah semasa mengambil hati, ada sahaja order2 yang pelik aku terima terutamanya minuman, di bawah antara contoh-contohnya:
1. Air Nescafe O yeng (Nescafe O ais)
2. Air susu ais
3. Air suang (air suam)
4. Tomato Jus
5. Singa Ben (air limau)
6. Milo tabor atas ais (Milo tabor sudah..tak payah la nak ajar cemane nak buat)

Makanan pula:
1. Nasi kontrak (Nasi yang versi jimat punya…Nasi, sup kosong, telur mata ataupun ayam goring, Harga RM2 – RM3)

Mungkin semua yang aku tulis ini adalah biasa didengar serta di order oleh orang-orang yang biasa makan di kedai makan. Tetapi ketahuilah bahawasanya aku tidak pernah nampak order2 diatas ada tertulis di dalam mana-mana menu di mana-mana kedai makan yang aku pernah kunjungi sebelum ini di seluruh Malaysia mahupun diluar negara, kecualilah kalau aku terlepas pandang.

Monday, May 16, 2011

Badan Kita, Kitalah Yang Membentukkannya

Kan?

Kawan

Kawan itu apa sebenarnya?
Setiap orang ada maksud tersendiri tentang kawan? Ada definisinya tersendiri. Pemahamannya tersendiri.
Mungkin berdasarkan pengalaman dan pergaulannya dengan kawan-kawan ia menakrifkan maksud kawan itu dari sudut sendiri.

Bagi aku kawan..
Tempat aku bergantung, tempat aku mencurah kasih sayang, tempat aku bermanja, tempat aku menggila, tempat aku bertukar pendapat, meluah rasa dan banyak lagi.

Kawan itu banyak jenis..
Ada yang sensitif, ada yang periang, ada yang bermuka-muka, ada yang tidak pandai menjaga hati, ada yang suka makan makanan kita tanpa memberitahu kita, ada yang suka menipu, ada yang pemurah, ada yang banyak memberi tunjuk ajar, ada yang suka bersaing, ada yang kelakar dan banyak lagi.

Macammana pun kawan kita..
Kita perlu menerima mereka seadanya, kerana merekalah yang membuat hidup kita bercorak. Cara kita menangani perangai mereka sebenarnya mematangkan kita. Mereka buat perangai? Kita pun ada masa perangai kita tidak elok kan? Pernah kita terfikir bahawa mereka boleh terima atau tidak perangai kita yang buruk? Dan kenapa mereka masih berkawan lagi dengan kita walaupun sudah tahu kita punya perangai buruk? Sebab mereka boleh terima kita. Jadi, terimalah mereka dan perangai mereka juga. Berkawan bermaksud menerima dan memberi. Terima mereka dan beri kasih sayang, kesetiaan.

Sekali berkawan, selamanya berkawan...