Sunday, May 19, 2013
Aku Juga Punya Impian
Semua orang punya impian
ya aku juga punya impian
mungkin saja impian aku dianggap sampah.
jauh dari munasabah
wahai sekian manusia yang mencintaiku..
fahamilah jiwa aku..
impian aku hanya mahu bebas
hidup tanpa aturan
dengan rutin sendiri bikin
aku tidak mahu hidup aku dibising
aku mahu bebas
aku cemburu pada sang gelandangan
betapa hidup mereka bahagia
hidup berkhayal memamah usia
tidak risau mereka yang menghina
kerna dunia ini mereka yang punya
oh bohemian!
aku tidak mahu berkerja dengan sesiapa
kerna aku tidak mahu di arah
aku perlu buat ini
aku perlu buat itu
mereka mengambil masa aku
ya mereka mengambil masa aku
yang dipulang hanya wang
bukan itu mahu ku
masa aku tak ternilai
wang kamu tak terbayarkan ganjaran
masa aku terbuang
dan kamu yang kaya
aku mahu masa aku
aku perlu membeli masa aku sendiri
itulah impian aku
punya waktu sendiri
tanpa manusia lain mencuri
masa aku.
aku yang punya.
oh kenapa dunia ini menjunjung duit
aku benci!
4:34 pm
19 May 2013
Kg. Paya Jauh, Temerloh
Subscribe to:
Posts (Atom)