Cuti-cuti semester yang aku lalui sepanjang pengajianku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang banyak mendatangkan faedah kepada aku.
Setiap kali cuti ada sahaja kerja baru yang aku lakukan termasuklah melukis mural dia tadika, menoreh getah, memunggah pasir untuk buat rumah, menjaga budak, bekerja di kedai runcit, dan juga di kedai makan. Jika tidak bekerja pun aku akan mengisi masa terluang dengan membaca serta melancong (kalau ada duit laa).
Maka tersebutlah sebuah cerita semasa aku bekerja di sebuah kedai makan disimpang sebelum memasuki perkampungan aku, terkutiplah aku dengan pelbagai pengalaman yang menarik serta terpahit.
Antara yang mencuit hati adalah semasa mengambil hati, ada sahaja order2 yang pelik aku terima terutamanya minuman, di bawah antara contoh-contohnya:
1. Air Nescafe O yeng (Nescafe O ais)
2. Air susu ais
3. Air suang (air suam)
4. Tomato Jus
5. Singa Ben (air limau)
6. Milo tabor atas ais (Milo tabor sudah..tak payah la nak ajar cemane nak buat)
Makanan pula:
1. Nasi kontrak (Nasi yang versi jimat punya…Nasi, sup kosong, telur mata ataupun ayam goring, Harga RM2 – RM3)
Mungkin semua yang aku tulis ini adalah biasa didengar serta di order oleh orang-orang yang biasa makan di kedai makan. Tetapi ketahuilah bahawasanya aku tidak pernah nampak order2 diatas ada tertulis di dalam mana-mana menu di mana-mana kedai makan yang aku pernah kunjungi sebelum ini di seluruh Malaysia mahupun diluar negara, kecualilah kalau aku terlepas pandang.