Monday, May 16, 2011

Kawan

Kawan itu apa sebenarnya?
Setiap orang ada maksud tersendiri tentang kawan? Ada definisinya tersendiri. Pemahamannya tersendiri.
Mungkin berdasarkan pengalaman dan pergaulannya dengan kawan-kawan ia menakrifkan maksud kawan itu dari sudut sendiri.

Bagi aku kawan..
Tempat aku bergantung, tempat aku mencurah kasih sayang, tempat aku bermanja, tempat aku menggila, tempat aku bertukar pendapat, meluah rasa dan banyak lagi.

Kawan itu banyak jenis..
Ada yang sensitif, ada yang periang, ada yang bermuka-muka, ada yang tidak pandai menjaga hati, ada yang suka makan makanan kita tanpa memberitahu kita, ada yang suka menipu, ada yang pemurah, ada yang banyak memberi tunjuk ajar, ada yang suka bersaing, ada yang kelakar dan banyak lagi.

Macammana pun kawan kita..
Kita perlu menerima mereka seadanya, kerana merekalah yang membuat hidup kita bercorak. Cara kita menangani perangai mereka sebenarnya mematangkan kita. Mereka buat perangai? Kita pun ada masa perangai kita tidak elok kan? Pernah kita terfikir bahawa mereka boleh terima atau tidak perangai kita yang buruk? Dan kenapa mereka masih berkawan lagi dengan kita walaupun sudah tahu kita punya perangai buruk? Sebab mereka boleh terima kita. Jadi, terimalah mereka dan perangai mereka juga. Berkawan bermaksud menerima dan memberi. Terima mereka dan beri kasih sayang, kesetiaan.

Sekali berkawan, selamanya berkawan...

1 comment:

  1. dan kenapa ye ada kawan yang membuatkan air mata sahabat yang lain dengan menelanjangkan kesemua keburukan kawan itu sedangkan mereka pernah bersahabat dulu ?

    ReplyDelete