Berhenti
buat sesuatu sebab orang, kerana orang atau untuk orang. Penat. Seolah-olah tak
terbayar. Manusia tak lari dari berharap yang baik juga dari orang yang kita
buat baik. Mesti akan kita persoalkan ‘kenapa?’ pada akhirnya, pada akhir sabar
kita.
“Aku buat
baik dengan ko selama ni, KENAPA ko buat aku camni? Apa salah aku?”
Pengharapan.
Kalau tak
berharap dibalas baik semula pun, sekurangnya janganlah dicalarkan hati ni.
Jangan la buat takde hati perut ke kita.
Sekurang-kurangnya.
Kenapa?
Sekarang
bila dipujuk oleh siapa pun aku serik. Aku dah malas nak percaya, malas nak
berkorban, malas nak termakan pujuk rayu. Kalau aku taknak, maka aku taknak.
Kalau aku buat jugak, aku kecewa, aku nak tanya siap soalan KENAPA tu?
Tanya kau?
Aku dah taknak
pandang muka kau kot.