Friday, January 14, 2011

Meter Tekanan


Ekspresikan perasaan anda melalui lukisan. Melalui lukisan juga ahli psikologi dapat menilai kita. Bagaimana caranya tidaklah aku ketahui. Tetapi aku dapat rasakan yang mereka boleh mengetahui cara kita berfikir melalui lukisan kita, contoh, kita boleh tahu yang orang itu kreatif juga alert dengan persekitaran melalui lukisan mereka. Tidaklah dapat aku terangkan dengan lebih lanjut kerana aku sendiri tidak tahu menahu pun hal itu, sekadar bercakap melalui pandangan sendiri.

Lukisan meter tekanan ini aku lakarkan melalui pandangan aku sendiri terhadap tekanan. Semestinya aku melukis lukisan ini semasa aku dalam keadaan tertekan tetapi tidaklah seteruk mana, jika skalanya adalah 10, aku masih ditahap 3.5 dan masih lagi dibawah pengaruh sedar.

Disini aku selitkan sepotong ayat yang diambil dari buku Terapi Istighfar:

"Barangsiapa yang banyak membaca istighfar, nescaya ALLAH akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadikannya kelapangan dari setiap kesempitannya."

Jadi, setiap kali kita ditimpa musibah ataupun masalah yang boleh buat kita tertekan, beristighfarlah. ALLAH itu Maha Adil. Tidaklah diberikan kita kesusahan andai tiada kesenangan disebaliknya. Istighfar juga boleh membuatkan jiwa kita sentiasa tenang dan InsyaALLAH walaupun kita berada dalam tahap tekanan apa pun kita masih lagi boleh mengawalnya.




No comments:

Post a Comment