Thursday, April 21, 2011

Jantung Nenek dan Jantung Aku

Pada cuti semester yang lepas, (aiseh..macam karangan budak sekolah pula). ok. Semula..

Cuti semester yang baru lepas iaitu pada bulan 12/2010. Aku telah dikhabarkan oleh ibu saudaraku bahawa Tok (panggilan mesra untuk nenek aku) telah dikejarkan ke hospital kerana penyakit lelah.
Oleh sebab hospital sangat dekat dengan rumahku, memandangkan aku juga cucu sulong Tok aku jadi aku pun menawarkan diri untuk menjaga beliau di hospital secara bergilir-gilir dengan adik-beradik yang lain. Tidur di kerusi hospital pada setiap cuti semester adalah perkara biasa bagi aku, terima kasih pada Ilahi kerana mengurniakan aku kelebihan untuk tidur dimana saja dalam keadaan apa pun...jadi tidaklah aku rasa terbeban dengan tugas menjaga orang sakit di hospital ini.

Nak dijadikan cerita..selepas Tok ditahan selama seminggu dihospital, selepas beliau di X-ray, dan keputusan pun keluar. Doktor memberitahu bahawa jantung Tok sudah tidak kuat lagi, Tok terpaksa bergantung pada mesin Oksigen seumur hidupnya. Tok memerlukan bantuan mesin itu sekurang-kurangnya 12 jam satu hari. Harga mesin itu RM5,000. Aku tak pasti boleh tahan berapa lama, tapi oleh kerana Tok mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat jadi kosnya dapatlah dikurangkan.

Bercakap mengenai jantung Tok, aku jadi terfikir. Kenapa aku yang masih mempunyai jantung yang kuat ini tidak pernah bersyukur atas setiap pam yang dibuat oleh jantung aku? Kenapa aku tidak pernah fikir untuk menjaganya dengan baik pun? Aku seksa jantung aku dengan memakan makanan yang berlemak, berkolestrol tinggi, berais, sedangkan jantung aku inilah yang paling banyak berbakti pada aku sejak aku dalam rahim ibu lagi.

Oh jantung. Aku minta maaf atas kelalaian ini. Aku akan sentiasa menjagamu. Semoga kamu juga sentiasa kuat untuk bekerja demi aku.
Kepada Tuhan, aku bersyukur kerana diberi nikmat jantung sihat ini.

Kepada Pembaca: Sayangi Jantung Anda Sebelum Terlambat.

No comments:

Post a Comment