Wednesday, June 29, 2011

Senangnya orang susah

Siapa kata jadi orang susah ini susah?
Bagi aku, orang susah ni slumber...
contoh:

Orang susah pergi Bandar tak payah pikir sangat nak pakai baju ape, tak payah pening2 kepala nak pilih nak pakai yang mana satu sebab dia akan ambil je ape yang ada. lagipun baju cantik-cantik mereka ada tak banyak, entah-entah satu je... itu yang aku cakap tak susah nak pilih. hehe

Orang susah ni slumber je pakai selipar jepun pergi mana-mana..sebab itu je dia ada, dari diorang tak pakai apa langsung baik dia alas jugak kaki tu. Satu je seliper yang ada kan senang, tak payah pikir kasut kaler ape yang match dengan baju. hehe

Orang susah jarang ada gastrik. selalunya yang ada gastrik ni anak orang-orang kaya je. aha. yelah orang susah dah biasa tak cukup makan, orang kaya kalau siang ni tak lunch, malam berangkut lah pergi klinik swasta yang terdekat.

orang susah boleh makan apa saja. nasik yang dah basi pun berani lagi goreng untuk dimakan? kenapa? sebab taknak membazir, tawakkal la kalau sakit perut lepas tu..janji perut tu terisi dulu sebelum ia dibuang kembali. Orang kaya? susah....tiada apa hendak makan dah terpaksa start enjin kereta pergi cari fast food.merata dicarinya.

Orang susah tak payah pikir nak kena jaga kesihatan dengan bersenam, exercise 3 kali seminggu mahupun kena fikir nak kena pergi gym.. yelah..orang susah ni selalunya buat kerja berat, kat situ diorang dah pun bersenam..tidak-tidak pun berjalan ke tempat kerja 4km dari rumah sebab tiada motor.. exercise pe tu.. hehe

Orang susah tak payah bayar bil letrik tinggi-tinggi sebab anak depa bukan jenis mengadap komputer 24 jam, yelah diorang bukan ada komputer pun. anak orang kaya main game dalam komputer, anak orang susah lagi best main game yang real punya kat luar rumah. aha. galah panjang, main lompat getah, main bola, rejam seliper, rejam tin dan banyak lagi.

orang susah tak payah susah-susah pikir nak beli pencuci muka apa yang sesuai dengan kulit, biasanya mereka akan pakai yang tradisional punya, komfem sesuai dengan kulit. contoh: timun, kulit lidah buaya, daun jambu..dan banyak lagi.

orang susah ada banyak masa untuk family, diorang takde urgent meeting. pagi menoreh, petang dah boleh luangkan masa dengan anak-anak. orang kaya? selagi tak habis office hour, selagi tak lepas dengan kesesakan lalulintas, selagi tu la tak bersua muka dengan anak-anak. hari minggu pun susah nak tengok batang hidung mak ayah.

orang susah selalunya berdikari dan banyak skill, contoh kalau paip kat rumah rosak, mereka akan baiki sendiri bukan panggil plumber. bayangkan berapa banyak kemahiran hidup mereka. macam-macam mereka pandai buat kalau dibandingkan dengan orang kaya.

orang susah kalau dicampakkan dalam hutan mereka mungkin boleh hidup lebih lama dari orang senang. sebab mereka tahu apa yang mereka boleh buat untuk terus hidup.



Sebenarnya...kita kena fikir mungkin ada hikmahnya kita hidup susah, mungkin kita tak sesuai nak 'bersusah-susah' seperti orang senang. Tuhan kita tahu apa yang terbaik untuk kita, sebab itulah dia bagi kita hidup dalam keadaan yang begitu. Mana kamu lebih sanggup antara hidup senang dalam keadaan lupa diri dan ramai musuh dengan hidup susah tapi disenangi orang sekeliling serta banyak skill hidup? heheee



Sekian dari -aku juga anak orang susah-

8 comments:

  1. its okey kalau susah . pengalamn waktu susah yang membuat kita lebih faham makna kehidupan . be positive dear . insyaallah . ur life akan lebih baek .

    p/s : jangan cakap awak susah . awak tak ada rezeki lagi nak mendapatkan kesenangan . good luck .

    ReplyDelete
  2. aku nak kahwin ngan org kg la. nt dia byk masa utk aku n anak2 aku.. boleh g2???

    aku pun menci jugak. x dop pic.hahhahaha...=p

    ReplyDelete
  3. mencari cinta: Jangan salah faham, saya tak mengeluh..malah saya bangga menyatakan yang saya ini susah. saya bersyukur sangat kerana dilahirkan sebagai orang susah.. kalau tidak masakan saya dapat menikmati kesenangan hari ini, hasil usaha semasa saya susah dahulu... thanks anyway... :)

    cik gege: aha...kena pandai pilih la.. jangan dapat orang kampung yang suka lepak kedai kopi dah.. aha
    nanti yer pic tu.. hehe

    ReplyDelete
  4. great ! maaf kalau saya yang salah faham . semoga hidup anda akan diberkati . amin :)

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih..
    Jazakallah khair.... :)

    ReplyDelete
  6. @swanosdoyos orang SENANG! sebab selalu ja gastrik! heheee. lagi, sebab susah nak beli pencuci muka. yang murah2 taknak! :P lagi, sebab naik moto, tak bejalan kaki pon. heheee. TAPI, KAYU orang susah! Sebab makanan basi dia buleh makan slumberr jaa. Huehue jangan marah haaa.

    ReplyDelete
  7. Toriaaaahh... dia senaraikan dah! ahaha KAYU tu memang orang susah... dok umah tinggai, sabit pun tak mampu beli tu yang umah bersemak samun tu.. aha

    ReplyDelete
  8. orang senang dengan orang susah memang ada perbezann..dari segi perkataan pun dah berbeza..hahahahaha..tapi aku rasa dugaan dan cabaran tuh ada bagi setiap peringkat..tapi orang senang banyak penyakit....

    ReplyDelete