Wednesday, November 7, 2012

5 nov 2012


Malam ini. hhuhhhhhhh....
aku menarik nafas puas. lega. tenang. gembira.
menggembirakan sahabat, yang selalu menangis kerana aku.

disaat aku membuka pintu, aku perhati riak mukanya.
mata aku pantas mencari senyumannya.
dia terkedu. melihat lilin-lilin yang rapi disusun.
menyala. kegelapan membantu.
dengan lampu neon berkelip dihujung tirai.
kek satu di tengah.
lalu keluar si mambang mambang menyanyikan lagu.
gitar tak kena tempo. namun bingitnya nyanyian sumbang menenggelamkan kecacatan itu. haha. aku terhibur.

dia, sahabatku.
mata sudah berkaca. senyum dah tak terbawa.
kemana mahu diluah. rasa teruja.
dia mencariku menutup rasa malu. aku layankan saja.
hey kawan.
mahu menangis? menangis lah. aku ada.
hey kawan.
mahu ketawa? ketawa lah. aku ada.
hey kawan. mari kita raikan. hari kamu dengan bahagia.
kita ketawa. sama-sama.

dia, sahabat.
apa pun aku buat hari ini, tak terbalas dengan apa yang kamu buat selama ini. untuk aku.
jauh aku ketinggalan.
hey kawan, semoga malam ini bukan malam terakhir aku meraikan mu.
aku masih belum puas.
sedang kita bergelut dalam kepungan bedak, ligat lagi otak aku memikirkan apa pula untuk tahun depan.
haha. sungguh aku belum puas.
tapi untuk malam ini. sudah cukup.
kau gembira. aku gembira. yang lain pun gembira.

selamat hari lahir kawan.
5 nov 2012.


No comments:

Post a Comment