Friday, November 30, 2012

TERDESAK DAN MENDESAK


Aku perlu buat sesuatu
hmm..atau mungkin bila keadaan aku sudah terdesak baru aku buat sesuatu
dalam rasa terdesak
jadi aku biarkan
biarkan diri aku untuk berada dalam keadaan terdesak
hanya keadaan terdesak sahaja yang boleh mendesak aku kesana.
ke tempat yang aku panggil bahagia.
dan berjaya.
di muka dunia.


INSYA-ALLAH.

Terima Kasih Tuhan kerana mewujudkan perasaan itu dalam jutaan perasaan yang ada.
kita manusia tak suka dengan perasaan itu.
Satu perasaan yang seolah-olah kita tiada pilihan.
mana boleh hidup tiada pilihan.
pilihan sentiasa ada.
cuma mungkin bila dalam keadaan terdesak itu, pilihan sudah jadi kurang, dan terbatas.
atau mungkin kita terpaksa buat pilihan atas sebab-sebab tertentu yang bukan datang dari rasa rela kita.
itu yang menjadikannya terdesak dan mendesak.
kita terpaksa.

tapi percayalah.
keadaan ini sering datang dengan hikmah adanya.
cuma mungkin lambat dapat dilihat.
tentuan Ilahi itu adalah yang terhebat
yang kadang tak terhinggap otak kita menangkap.
tak apa. senyum, redha, and FACE IT!



12.11.12

No comments:

Post a Comment